Tuesday 11 November 2014



                                                           Hi, Assalamualaikum.

So what's up? Haha, lama kan tak update. Kalau dulu rajin kan aku update. Sorry, takde masa dah nak ngadap 24 hour laptop ni. Nanti semua keje tak menjadi :p Okay. Act, harini aku nak imbas kenangan aku pahit aku. Aku nak story mory kisah pahit aku. So lets read. Hope uolls enjoy yaa :')


                   So ni aku cerita 8 tahun dulu, banyak liku liku dugaan hidup yang family terima. Tak dpt bayangkan. 2007 tak sngka tahun yg terakhir melihat along gembira, senyum and dengan sekelip mata Allah duga kami dgn dugaan yang sangat hebat. Tapi bila kita tempuh dugaan tu, Allah bg seluas lautan hikmah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. Dia menggantikan kedukaan, kekecewaan, dgn kenikmatan dan kebahagian yg tidak terhingga. AllahuAkhbar. Along, excident pada tahun 2007 kebetulan pada keesokkan hari angah menghadapi Ujian SPM. Alang pula baru lepas PMR. Dan aku? Darjah 5. Ibu dan aku terpksa jaga along di Sungai Petani Kedah. Ibu yg dulunya gemok, tapi kini kurus. Kurus teramat. Sungguh seksa aku melihat dia. Tiap malam mengalirkan airmata bila melihat wajah anaknya yg terlntar di atas katil. Hati ibu mana yang tak luluh melihat anak sulungnya, yang dulunya senyum tidak pernah melihat bengis dimukanya. Tak pernah sekalipun melihat dia marah. Malah sikapnya yang lembut, penyanyang itu buat ibu hiba.

   Ya Allah, sungguh berat dugaanMu.. Aku yang tidak bersekolah menemani ibu disana. Abah dan alang diKL untuk mencari rezeki buat kami. Begitu juga angah, yang menghadapi SPM turut membantu membuka kedai. Dulu kami hnya berniaga di Pasar Batu 5. Bnyak hutang tertunggak, kerap juga air kena potong, bil api, kereta. Macam macam yg ibu dan abah lalui. AllahuAkhbar. Amat sedih. Sering juga ibu abah gaduh pasal duit. Ya Allah, kau saja yg tahu betapa peritnya kehidupan ibu dan abah. Sehingga lah kau duga kami lagi dan lagi. Tapi ibu kuat, kuat dalam apa juaa situasi. Kau duganya dengan keadaan along yang hnya bernafas menggunakan tiub di leher, dan makan tiub di perutnya. Kau duganya lagi dgn penceraian. Allahu.... Kau duganya lagi dgn kehidupan kami yg seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Sehingga kami terpaksa kelaparan dlm 2/3 hari tidak makan, takde duit untuk berbelanja. Dan aku, alang merungut. Angah? Angah banyak berkorban. Jaga kedai ibu, cari duit untuk ibu setelah abah tggalkan kiteorg, Sehinggakan aku dan along jadi mangsa kerana ibu terlalu stress. Aku tidak salahkan ibu, mungkin sikap aku yang membuatkan dia bertambah stress.

     Ketika itu angah membuka mata aku, dia memberi aku nasihat. Aku juga stress dgn keadaan ketika ituu. Aku jadi mangsa, sehingga aku lari rumah. Aku betul betul tertekan. Tidak sanggup aku alami. Tapi angah yg cari aku, yg bawa aku balik, yang memahami perasaan aku. Terima Kasih Angah. Ditambah pula perangai alang aku yg sering menyakitkan hati ibu. Yng bnyak mengecewakan ibu. Tapi Alhamdulillah, 2007-2012 semuanya berakhir. Abah dn ibu kembali bersatu. Aku seperti biasa alang dan angah smbung belajar. And along, boleh bercakap makan pun seperti biasa keadaan mula stabil. Terima Kasih Ya Allah, Kau kuatkan hati ibubapaku. Kau memberi mereka ketabahan dalam apa jua situasi. Terima Kasih Ya Allah. Kau memberi hikmah. Besar hikmahMu tidak ternilai dgn dugaan yang kau berikan. Along, kau bnyak berjasa dgn keluarga ni along. Allah uji kau, tapi memberi kesenangan pada ibu akhirnya. Kau yg mengubah hidup kita. Kau Allah pilih jadi insan seperti itu kerana kau adalah golongan teristimewa di hadapan Allah. Kau menderita dgn keupayaan kau di Dunia, tapi di Akhirat kau mendapat segala galanya. Allahu Rabbi... semuanya telah dirancang Allah, sesungguhnya KAU MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI MAHA MENGASIHI DAN MAHA ADIL. ALLAHUAKBAR !



Terima Kasih Kerana baca eps ni. BYE.

No comments:

Post a Comment